VIDEO NABIL LAUNGKAN AZAN UNTUK AYAHNYA YANG SAKIT SARAF

By | January 26, 2018

Sedih and pilu melihat adik Raden Nabil Zakiyudin R Zakariya, 11, atau mesra dipanggil Nabil melaungkan azan setiap hari sebagai salah satu usaha untuk melihat ayahnya kembali sembuh.

Dikatakan ayah Nabil, R Zakariya R Abdul Hamid, 51, yang mengalami kerosakan saraf selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya  di Petaling Jaya, 20 April 2015.

Nabil berharap dengan usahanya itu dapat menyumbahkan ayahnya dan dapat bangun untuk menemaninya solat jemaah di masjid.

Sebelum melaung azan di masjid, Nabil akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan azannya di masjid nanti.

Murid Sekolah Rendah Islam Ilmi, Taman Rasmi Jaya itu berkata, dia faham dengan pergerakan mata bapa selepas laungan azan, mungkin dendangan ayat suci itu mampu menenangkan jiwa serta terapi rohani untuk bapanya segera sembuh.

“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pendakwah.

Diharapkan orang ramai dapat mendoakan bapanya segera sembuh dan semoga impian untuk melihatnya bergelar pendakwah tercapai satu hari nanti.

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 01121916258.

Sumber: METRO

VIDEO AZAN NABIL UNTUK AYAHNYA YANG SAKIT SARAF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *