PUNCA KEBAKARAN TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

By | September 18, 2017

DARUL QURAN ITTIFAQIYAH, DARUL QURAN ITTIFAQIYAH TERBAKAR, PUSAT TAHFIZ TERBAKAR, SEBAB PUSAT TAHFIZ TERBAKAR, PUNCA PUSAT TAHFIZ TERBAKAR

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan apabila Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat telah terbakar dan telah mengorbankan 23 nyawa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata siasatan awal mendapati, ejekan menjadi punca suspek membalas dendam dengan membakar premis itu dipercayai menggunakan petrol dan dua tong gas.

Rujuk dibawah adalah kronologi sebab kebakaran di Tahfiz Darul Quran yang telah viral dilaman sosial Facebook

KRONOLOGI PUNCA KEBAKARAN DI TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT
.
Petang ini kami dihujani dengan mesej berupa laporan hasil siasatan pihak polis mengenai kes tragedi kebakaran maut yang menggegarkan jiwa rakyat Malaysia di seluruh negara ini.

Inilah berita yang paling kita tunggu-tunggu bagi menjawab pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Lebih cepat diketahui puncanya, semakin banyak angkara fitnah dan tohmahan melulu dapat dimatikan.

Walaubagaimanapun, sama-samalah kita tunggu pengesahan dari pihak PDRM dalam satu sidang media khas yang dikatakan bakal diadakan secepatnya. (Baca: Update sidang akhbar terkini jam 8 mlm tadi di hujung artikel ini).
.
Atas nasihat pihak tertentu, kami tutup beberapa butiran dan kongsikan apa yang telah disiarkan dalam sidang media sahaja agar ia tidak mengganggu tugas pihak polis dan mahkamah.
.

TANGKAPAN 7 ORANG OKT:
1) NAMA: xxxx (ADLI)
UMUR : 16 TAHUN

2) NAMA: xxxx (JUPEM)
UMUR : 16 TAHUN

3) NAMA: xxxx (SHAHRUL)
UMUR : 18 TAHUN

4) NAMA: xxxx (AIMAN)
UMUR : 17 TAHUN

5) NAMA: xxxx (DEBAB)
UMUR : 16 TAHUN

6) NAMA: xxxx (IJAL)
UMUR : 15 TAHUN

7) NAMA: xxxx (ADIK)
UMUR : 11 TAHUN
.
PUNCA KEJADIAN:

Selisih faham antara pelajar sekolah tahfiz dengan sekumpul (5) lelaki Melayu selaku ‘Orang Kena Tuduh’ (OKT) yang kesemuanya tidak bersekolah.
.
HASIL SIASATAN MENGENAI FAKTA KEJADIAN:
.
Beberapa hari sebelum kejadian telah berlaku perselisihan antara pelajar sekolah tahfiz dengan Adli, Jupem, Sharul, Aiman, dan Debab.

Kesemua OKT memaklumkan mereka telah diejek dan tidak berpuas hati lalu ingin membalas dendam. Shahrul dan Jupem berpakat untuk memasuki pusat tahfiz berkenaan untuk mencuri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu.

Pada pagi hari kejadian, 14/09/2017, jam lebih kurang 2:30 pagi kesemua OKT telah berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek bersebelahan pejabat PPIM dan telah berbincang untuk membakar sekolah tersebut bagi membalas dendam. Setelah itu semua OKT telah beredar.

Pada jam lebih kurang 4:00 pagi, Shahrul bersama Adli pergi membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai dan mengisi minyak petrol di dalam sebotol air mineral yang besar.

Pada jam lebih kurang 4:30 pagi, mereka telah berkumpul kembali di padang belakang pusat tahfiz tersebut. Ijal dan Adik telah nampak Adli memegang sebotol minyak petrol dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut. Adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana mahu tidur.

Pada jam lebih kurang 4:40 pagi, Adli bersama Shahrul dan Jupem telah memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang untuk membakar pusat tahfiz tersebut manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagar sebelah belakang pusat tahfiz.

Selepas itu, Shahrul dan Jupem mendapati pintu masuk bilik asrama berkunci dan tidak dapat dibuka, lalu Adli bersama Shahrul dan Jupem keluar semula dan telah turun ke tingkat 1 untuk mengambil sebuah tilam dan meletakkan ke pintu masuk asrama di tingkat 2.

Selepas itu Adli, Shahrul dan Jupem telah turun ke bawah untuk mengambil (2) tong gas lalu membawanya naik ke tingkat 3 pusat tahfiz dan telah meletakkan (1) tong gas secara berdiri dan (1) tong gas secara baring menghala ke pintu asrama.

Shahrul telah mencucuk dengan menggunakan lidi di muncung kepala gas supaya gas keluar menghala ke arah pintu. Adli pula telah mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama hingga ke bawah dan telah menyalakan api menggunakan pemetik api.

Seterusnya Adli, Shahrul dan Jupem melarikan diri keluar dari pusat tahfiz berkenaan. Selepas itu, Aiman dan Debab juga telah melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda warna kelabu. Adli menaiki motosikal Suzuki RG sport seorang diri. Shahrul dan Jupem mengunakan motosikal Yamaha Lagenda warna hitam biru menghala ke rumah masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *