PENYELUK SAKU DIGITAL TIDAK BENAR – BNM

By | January 18, 2017

PENYELU

Viral di laman sosial yang menyatakan kad debit/kredit yang baru mudah dirompak dengan bahasa lain “Penyeluk Saku Digital” atau “Contactless pick pocketing”.

penyeluk saku, penyeluk saku digital, pick pocketing, contactless pick pocket, kad debit paywave, kad debit baru, kad kredit baru, rompak kad kredit baru, rompak kad debit baru, cara penyeluk saku kad debit, cara penyeluk saku kad kredit

Walaubagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan pada 18 Januari 2017 bahawa jenayah itu sukar dilakukan kerana setiap kad kredit/debit baru mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri

Kenyataan Bank Negara Malaysia

[Terkini] Berhubung dengan laporan media tentang ‘electronic pick-pocketing’ bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.
Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:
(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara ‘electronic pick-pocketing’
Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.
Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.
Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Bank Negara Malaysia
18 January 2017

penyeluk saku, penyeluk saku digital, pick pocketing, contactless pick pocket, kad debit paywave, kad debit baru, kad kredit baru, rompak kad kredit baru, rompak kad debit baru, cara penyeluk saku kad debit, cara penyeluk saku kad kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *