TIP BELI TAYAR KERETA
Tips membeli tayar kereta dengan betul bagi mengelak anda ditipu ketika memilih atau membeli tayar di kedai
- Ketahui kod tayar kenderaan
Contoh 205/65/R1594V
205 = lebar
65 = tinggi
R = Radial
15 = Saiz Rim
94 = Had Maximum bebanan
V = had maksimum kelajuan
Abjad Terakhir:-
S = Maksimum had laju 180 km/jam
T = Maksimum had laju 190 km/jam
U = Maksimum had laju 200 km/jam
V = Maksimum had laju 240 km/jam
W = Maksimum had laju 270 km/jam
Y = Maksimum had laju 300 km/jam
2. Perhatikan tarikh tayar itu dikeluarkan menerusi 4 angka tercata di sisi tayar
Contoh: Angkat 0514 = dikeluarkan dari kilang pada minggu ke-5 tahun 2014. Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh tayar dikeluarkan
3. Minta diskaun harga tayar kereta keluaran lama. Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari tahun semasa 2017;
2016 = 20%
2015 = 40%
2014 = 60%
2013 = 80%
4. Cara kesan tahap kehausan tayar (terpakai); ambil syiling 20 sen dan letak di antara celah bunga tayar. Jika perkataan SEN tidak nampak, maka tayar masih elok dan kurang haus. Jika nampak, maka tayar telah botak dan harus tukar