Sekumpulan remaja membuat tindakan berani memanjat papan tanda “IPOH” yang terletak di Perak, Malaysia.
Majlis Bandaraya IPOH, MBI menegas akan aktiviti seperti ini dan akan membuat tindakan yang sewajarnya.
“Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut. Sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.
MAJLIS BANDARAYA IPOH
GAMBAR-GAMBAR REMAJA PANJAT PAPAN TANDA IPOH